Monday, April 26, 2010

ALLAH ITU SATU (ESA)

Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar.

Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita... .

"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"

dan secara amnya, kita akan menjawab...

"dia org tgh sembahyang atau tengah sembah tuhan dia"

jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik... .

Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..

"tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH"

tetapi apabila kita memberikan jawaban ...

"dia tengah sembah tuhan dia"

kita menggambarkan pada anak kitra bahawa ada tuhan yang lain dari ALLAH,
kita memberi gambaran pada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu tuhan,
India satu tuhan, Kristian satu tuhan... dan cara mereka menyembah tuhan
mereka lain dr kita.

Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada tuhan yang disembah melainkan
ALLAH"

Jadi mana datangnya konsep atau pengertian " dia sedang sembah tuhan dia"

Sekiranya jawaban ini diteruskan... ..maka anak kita akan terus keliru
dengan konsep dan prinsip syahadah kita " tiada tuhan yang disembah
melainkan ALLAH"

Jawaban yang sebenarnya, " anak, pertamanya perlu faham, tuhan kita dengan
tuhan uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH,
tapi cara dia menyembah tuhan itu salah"

Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang
salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan keliru kan mereka.

Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".

Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan
yang baik datang dari ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib,
sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih
baik... ..SILA KONGSI BERSAMA.
Read More......

Saturday, April 24, 2010

SI LUNCAI MODEN

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
“Biarkan! Biarkan!”

Sebahagian lelaki zaman moden ini dah semakin pupus sifat cemburu mereka terhadap isteri. Dengan lain perkataan, mereka ini bersikap sporting tanpa limit terhadap isteri masing-masing.
Para suami ini cukup popular dengan perkataan ‘biarkanlah!’ setiap kali isterinya ditegur kerana mencemari batas-batas aurat sesama muslim. Kononnya Luncai versi moden la gitu. Apa saja yang dibuat isterinya, biarkanlah!

Bayangkan isterinya yang cun dan solid itu dibiarkan dan diizinkan berpakaian terdedah sana, terlondeh sini untuk pergi bekerja setiap hari mencari sesuap rezeki. Aurat isteri yang sepatutnya menjadi hak miliknya 100%, dengan rela hati diizinkan dan direlakan untuk dikongsi oleh ratusan mata lelaki lain! Ke mana perginya sifat cemburu Si Luncai moden ini?

Tak abis di situ sahaja, ada di kalangan Luncai moden ini sanggup memejamkan sebelah mata melihat isterinya bertepuk tampar dengan rakan sekerja/ rakan seakademi atau seerti dengannya. Bukan sekadar itu, lelali-lelaki bukan mahram bercubit dan mencuit isterinya di depan matanya pun boleh dibiarkan. Malah dia pertahankan pula perangai tak senonoh isterinya itu. “Biarkanlah, bukannya depa nak berpeluk cium atau curang dengan bini aku. Sekadar bercuit-cuitan apa salahnya. Tak luakpun kecantikan bini aku walau dicuit ratusan tangan sekalipun.” MasyaAllah.. Begitulah ayat pembelaan suaminya: Si Luncai zaman moden yang dah luntur sifat-sifat cemburu ni.

Isteri pula, apabila suaminya tak kisah, maka semakin menjadi-jadilah dia. Kesudahannya nanti, kalau berlaku ‘adegan yang tak diingini’ dalam rumah tangga mereka, salah siapa?

Wahai Si Luncai moden yang sporting!
Sedarlah.. Kalau nak sporting pun tengok tempatlah sikit. Kalau bab aurat dan akhlak isteri atau anak-anak perempuan pun diambil mudah dan bersikap ‘biarkanlah’. Nanti yang susah dan sakit bukan mereka saja, tetapi kamu juga. Cubalah ingat-ingat sikit… Mereka itu amanah Allah.

Bayangkan berapa banyak dosa yang isteri dan anak-anak kutip tatkala keluar ke pasar malam ke, shopping complex ke dan sebagainya. Dosa basah tu memanglah mereka yang kutip, tapi jangan lupa suami ( Si Luncai moden ni) pun kutip juga dosa-dosa kering. Dosa-dosa kering tu maksudnya dosa yang orang lain buat, tapi kita pun dapat syer sama. Syer atau saham itu pulak akan dimasukkan ke dalam akaun untuk dikira kat ‘sana’ nanti. Janganlah sampai menyesal tak sudah nanti tatkala melihat saham-saham kering kita dikira guni demi guni. Aduuuuhhh!
Read More......

Saturday, November 21, 2009

Kasih Sayang

21 Nov. 2009-
Sungguh kosong hati ini...
Dia telah pergi...
Untuk bersua semula tidak mungkin...
Namun aku bersyukur Kau berikan aku peluang...
Peluang untuk mencipta kenangan-kenangan manis bersama dirinya...
Alhamdullah...

Jauh dalam diri...
Ada sesuatu kemahuan yang sengaja tidak diluahkan...
Mungkin 'sirr' adalah lebih baik untukku...
Insya Allah, dengan mengingati-Mu, hatiku akan tenang semula...
Laa ilahaillah...

Sesungguhnya, Engkau lah pemengang hati manusia...
Kau jadikan hati itu dengan sifat yang indah...
Hati tidak pandai menipu...
Sungguh indah sifat yang Kau berikan kepada Hati...
Subhanallah...

Kurniakan lah daku kekuatan ya Rabb..
Telah tiada kekuatan yang tinggal dalam diri ini...
Maka, berikanlah daku kekutan Ya Allah...
Kekuatan untuk menipu hati ku ini...
Untuk menipu wujudnya kasih sayang diriku padanya...
Lahaulawala quwata illah billah...

Amin.


Kasih Sayang


Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang

Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya

( korus )
Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...

Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati

( ulang dari korus )

Remaja patah hati ( 2X )
Read More......

Saturday, November 14, 2009

Ayang Sayang Abang

52 Kiat Agar Suami Disayang Isteri

  1. 1. Berhiaslah untuk isteri anda sebagaimana anda senang apabila ia berhias untuk anda.
  2. 2. Merayu isteri dan mencandainya.
  3. 3. Mempergaulinya dengan lemah lembut dan kasih sayang.
  4. 4. Penuhi keinginannya untuk berbicara dan bercakap-cakap
  5. 5. Panggillah isteri dan nama kesukaannya.
  6. 6. Jauhilah sikap emosional dan tempramental (baran).
  7. 7. Berilah isteri anda rasa aman dan tenang.
  8. 8. Membuatnya gembira dengan pemberian yang mengejutkan (suprise).
  9. 9. Masuklah ke dalam rumah dengan wajah berseri-seri dan tersenyum.
  10. 10. Berlemahlembutlah dalam berbicara.
  11. 11. Bicarakanlah sesuatu yang menyenangkannya.
  12. 12. Memujinya di hadapan keluarga anda dan keluarganya.
  13. 13. Menghargai penampilannya.
  14. 14. Berikanlah hadiah (romantis) Cth: bunga atau selainnya sebagai penguat cinta diantara keduanya.
  15. 15. Hilangkanlah kejenuhan rutin sehari-hari dengan bertemasya (rihlah) atau selainnya.
  16. 16. Terimalah kekurangan-kekurangannya kerana tidak ada manusia yang sempurna.
  17. 17. Jagalah diri dari perkara-perkara sepele yang dapat bertumpuk menjadi masalah besar.
  18. 18. Bantulah isteri anda dalam urusan-urusan rumah tangga.
  19. 19. Jangan simpan perasaan anda. Ekspresikan perasaan anda kepadanya dengan kelembutan dan kejujuran.
  20. 20. Hargai akal dan buah pemikirannya.
  21. 21. Selalulah berbaik sangka kepada dirinya.
  22. 22. Bangkitkanlah perasaannya bahwa ia adalah wanita yang ideal bagi anda.
  23. 23. Bantulah ia meningkatkan kemampuannya.
  24. 24. Jagalah perasaannya terutama di saat haidh dan hamil.
  25. 25. Bantulah dirinya di dalam mengurusi anak-anak.
  26. 26. Hormati keluarganya, berbuat baik kepada mereka dan tidak melarangnya untuk mengunjungi keluarganya.
  27. 27. Makan bersama di rumah atau tempat lain yang tenang dan aman dari fitnah.
  28. 28. Berikan pujian dan sanjungan kepada dirinya.
  29. 29. Jagalah rahasianya dan janganlah menyebarkannya.
  30. 30. Jagalah hak-haknya dan janganlah menyia-nyiakannya.
  31. 31. Berbuat adillah kepada dirinya.
  32. 32. Perlakukanlah dirinya dengan baik dan lemah lembut.
  33. 33. Bersikaplah realistis dan jadikanlah dirinya sebagai isteri yang ideal bagi anda.
  34. 34. Bekerja sama dengannya di dalam ketaatan kepada Allah.
  35. 35. Janganlah anda terlalu sering meninggalkan dirinya dan rumah.
  36. 36. Yang lalu biarlah berlalu dan jangan suka mengungkit-ungkit kesalahan yang telah berlalu.
  37. 37. Jangan memberikan peluang kepada orang lain untuk mencampuri urusan rumah tangga anda.
  38. 38. Jauhi motivasi yang buruk tatkala menikah.
  39. 39. Jagalah kesehatannya secara intensif.
  40. 40. Ajaklah isteri anda ke dalam kebahagiaan anda.
  41. 41. Kirimlah surat (sms, call & chatting pun lagi praktikal) kepadanya apabila anda jauh darinya.
  42. 42. Jelas dan tidak tergesa-gesa apabila anda meminta sesuatu padanya sehingga dia faham dan tidak bingung dengan apa yang anda inginkan.
  43. 43. Maklumilah kecemburuannya dan maafkanlah (adalah lumrah isteri mempunyai rasa cemburu)
  44. 44. Bantulah dirinya di dalam menghadapi persoalan-persoalan yang menyusahkan dan membosankan.
  45. 45. Ikutilah petunjuk Islam ketika isteri anda berpaling.
  46. 46. Jangan menganggap diri anda selalu benar.
  47. 47. Mengikuti petunjuk Islam tatkala melakukan hubungan intim.
  48. 48. Tidak mendatangi isteri dari dubur atau tatkala haidh.
  49. 49. Menjaganya dari pandangan-pandangan jahat manusia.
  50. 50. Memberinya anggaran khusus selain biaya hidup sehari-hari.
  51. 51. Nikmatilah nikmatnya lupa terutama yang berkaitan dengan musibah-musibah yang menyedihkan, kesalahan-kesalahan dan perilaku isteri di masa lalu (guna nikmat lupa untuk melupakan kesilapan pasangan anda).
  52. 52. Janganlah anda menunggu-nunggu mukjizat, karena isteri anda adalah unik dengan karakternya dan janganlah anda memaksanya berubah sekehendak anda. Terimalah dirinya apa adanya, tutuplah mata dari kelemahankelemahannya dan bukalah mata dari kelebihan-kelebihannya. Insya Allah isteri anda akan semakin mencintai anda.
Sumber : Kiat-kiat disayang isteri, Pustaka al-Sofwa, pent. Akhyar ash-Shidiq Muhsin, Lc.,
Editor : Kholid Syamhudi, Lc.
Judul Asli : Kayfa Taj’al Zawjataka Tuhibbuka Read More......

Monday, November 2, 2009

Message Dr. Fadzilah Kamsah's cerita pasal Didik Anak


Assalammualaikum......
masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime..

secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu . dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan...either belen makanan mak atau abah ..... tapi kalo belen makanan anak2

memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk abiskan...kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yglain ...

samada kami perasan atau tidak ....so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak .....akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak. .. dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah

namanya nak menjawab balik memang tak dak w'pon kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok ... jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya .. dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib lah,mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ..... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh seorang azan dan sorang qiam ..... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya,

inilah yg paling paling paling berkesan sekali ..... tak caya try buat .. solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2nya...dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.


Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".


Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (one shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.
Read More......

JIKA ISTERI KITA SAKIT


Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.
Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging. Dalam hati kita berkata,

'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya,

" Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......"

Sambil turun ke dapur hatinya berkata,

"Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik."

Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan,

isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak,

"Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita dibelakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.

Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....."

Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.


Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

Selamat mencuba!

Read More......

Wednesday, August 26, 2009

Teknik Bertengkar Secara Positif


Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)


Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’



Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.




Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang
tidak sedap didengar.



Sabda Rasulullah s.a.w:


"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."


(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)



Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.



Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan
pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.




Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.



Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:


1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.


2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.


3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.



4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.


7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.


8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.


9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"


10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.



11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.



14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.



17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan dan kemaafan –Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telahselesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku
Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di
www.books.perintis. com.my.

Read More......

from-Critical-to-Radical is wearing Blue Weed by Blog Oh! Blog | To Blogger by Gre at Template-Godown | Entries (RSS) and Comments (RSS).